Mengenai Kami

Mengenai Kami

Syarikat Seribu Dinar Serangkai Sdn Bhd (878805-H)

Kami merupakan sebuah syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan Insuran dan pembaharuan dokumen bagi individu, keluarga serta perniagaan di seluruh Malaysia. Dengan pengalaman dalam industri, kami komited membantu pelanggan mendapatkan perlindungan yang sesuai mengikut keperluan serta bajet masing-masing. Perkhidmatan kami merangkumi Insuran rumah, kenderaan, perjalanan, umrah & haji, perlindungan pekerja, Insuran kebakaran serta Insuran liabiliti untuk syarikat, PKS (SME) dan kontraktor. Selain itu, kami turut menyediakan perkhidmatan pembaharuan SSM, pasport dan lesen memandu bagi memudahkan urusan pelanggan di bawah satu bumbung.

Kami percaya setiap pelanggan berhak mendapat perlindungan yang terbaik dengan proses yang mudah, pantas dan telus. Oleh itu, pasukan kami sentiasa bersedia memberikan khidmat nasihat profesional bagi membantu pelanggan memilih pelan yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Misi kami adalah menjadi penyedia perkhidmatan Insuran dan pembaharuan dokumen yang dipercayai dengan menawarkan penyelesaian yang cekap, harga yang kompetitif serta perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.